bahasa melayu

Loading...

Sunday, 1 May 2011

TIP-TIP MENGARANG KARANGAN YANG TERBAIK

1) Banyakkan membaca buku yang berkaitan dengan karangan atau buku-buku yang berkaitan fakta.Anda juga boleh membaca novel tetapi jangan menghabiskan masa anda dengan membaca novel yang tidak sesuai untuk anda seperti novel kisah percintaan.


2) Semasa mengarang karangan,anda hendaklah berada dalam suasana yang tenang kerana suasana seperti itu membuahkan idea yang bernas kepada si pengarang.


3)Sebelum mengarang,anda hendaklah memahami tajuk karangan anda kerana tajuk merupakan kejayaan pengarang untuk menghasilkan yang bagus.


4)Sekiranya anda seorang pelupa,anda boleh merangka rangka karangan sebelum mengarang untuk merangka semua idea anda.


 5)Anda juga boleh menulis karangan berdasarkan pengalaman sendiri atau kegiatan yang berlaku di sekeliling saudari.


       Saya harap nasihat saya ini berguna untuk anda semua...Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Saturday, 30 April 2011

GEJALA SOSIAL

                                 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA SOSIAL


       Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi bahawa kejadian samseng jalanan semakin menjadi-jadi.Masalah samseng jalanan ini semakin berleluasa dan membabitkan keselamatan masyarakat sekeliling terancam.Masalah samseng jalanan ini sukar dibendung kerana kelompoknya terlalu ramai sehingga tidak dapat dihitung dengan jari-jemari.Namun,masyarakat haruslah berganding bahu bagi membanteras masalah ini kerana kita tidak sepatutnya melepaskan tangan dan bergantung harap terhadap pihak kerajaan dalam membendung masalah ini.Hal ini kerana masyarakat yang terjebak dalam aktiviti samseng jalanan juga merupakan bangsa kita sendiri.Adakah anda sanggup negara kita hancur dipimpin oleh seorang samseng jalanan?Oleh itu,kita mestilah menggembleng tenaga bagi memastikan masalah samseng jalanan dapat dibendung dengan mengambil langkah-langkah yang drastik.

          Antara usaha yang dapat dilakukan bagi membanteras masalah samseng jalanan ialah pihak sekolah perlulah memberi penekanan terhadap murid-murid tentang kesedaran sivik dan kewarganegaraan.Hal ini kerana kebanyakan sekolah lebih memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik manakala aspek pembinaan insan dipinggirkan.Dalam hal ini,pihak sekolah perlulah menyeimbangkan kecemerlangan akademik dengan kecemerlangan dari segi sahsiah diri agar murid-murid dapat melakukan sesuatu perkara yang tidak bercanggah dengan norma-norma masyarakat.Oleh itu,pihak sekolah perlulah merangka jadual yang sistematik seperti memperpanjang masa mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

         Di samping itu juga pihak media massamemainkan peranan yang penting dalam membanteras kejadian samseng jalanan.Hal ini kerana pihak media massa banyak memaparkan filem-filem yang bercanggah dengan norma-norma penduduk setempat seperti menconteng dinding dan yang lebih bahaya lagi kes-kes kecurian sering dipaparkan dalam media massa elektronik.Filem-filem tersebut dapat merangsang pemikiran anak-anak  yang baru seputik jagung untuk mencubanya .Oleh itu, pihak media massa hendaklah mengurangkan filem-filem itu dipaparkan dalam kaca televisyen sebaliknya iklan-iklan yang menunjukkan nilai-nilai positif diperbanyakkan .Hal ini kerana filem-filem yang menunjukkan nilai-nilai murni dapat menyedarkan masyarakat tentang keburukan melalui sesuatu tindakan berlandaskan hawa nafsu.Namun,pihak media massa hendaklah merancang dengan lebih teliti supaya filem-filem yang berunsurkan perkara-perkara positif itu kelihatan lebih menarik dan para penonton tidak jemu untuk menonton filem tersebut.Sehubungan itu,pihak media massa perlu mengambil langkah yan drastik bagi membanteraskan masalah ini dengan mengehadkan iklan-iklan atau filem-filem yang berunsurkan perkara-perkara negatif agar nilai -nilai murni dapat disemai  dalam sanubari masyarakat .
           
           Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membendung kejadian samseng jalanan ini.Ibu bapa hendaklah memberi didikan agama kepada anka-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar mereka tidak terjebak dalam aktiviti samseng jalanan apabila dewasa.Namun,didikan agama tidak mencukupi kerana ibu bapa juga perlu memberikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak di rumah seperti tidak menengking apabila bercakap dengan anak-anak dan mengajar anak-anak supaya menyayangi harta benda.Ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak mereka supaya mengisi masa senggang dengan perkara-perkara yang positif kerana masa itu emas.Dalam hal ini,ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan yang terdekat atau ke pesta buku yang diadakan julung kali diadakan di negara kita dan ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka beriadah bersama-sama pada hujung cuti sekolah agar apabila bosan anak-anak tidak akan mencuba untuk melakukan perkara-perkara yang negatif kerana sudah terbiasa dengan rutin harian yang seringmelakukan perkara-perkara yang positif.Oleh itu,ibu bapa hendaklah menggembleng tenaga dalam memastikan impian negara untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan tercapai.

             Selain itu,pihak polis hendaklah turun padang untuk memantau kegiatan samseng jalanan supaya kegiatan ini dapat dibanteras dengan segera.Dalam hal ini,pihak polis membuat serbuan dengan segera agar sarang samseng jalanan ini dapat dimusnahkan dengan kadar masa yang cepat.Natijahnya,kelompok samseng jalanan ini sukar untuk meneruskan kegiatan mereka kerana sarang mereka telah dimusnahkan.Pihak polis juga perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap samseng-samseng jalanan ini seperti mengenakan denda atau memenjarakan mereka tanpa ikat jamin.Hal ini akan menggerunkan masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan samseng jalanan ini.Namun,dalam membanteras kejadian samseng jalanan ini pihak polis perlu mengharungi pelbagai pancaroba tetapi pihak polis perlu mempunyai daya juang yang tinggi kerana laut mana yang tidak berombak,bumi mana yang tidak dilimpahi hujan.

               Di samping itu juga kita sebagai seorang pelajar mestilah berusaha mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan seperti ini kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna lagi.Kita perlu pandai memilih rakan kerana tersilap langkah akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.Sebagai pelajar juga kita perlulah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu agar kita dapat mengetahui antara hak dengan batil.Ingatlah ilmu penyuluh hidup kita.Oleh itu,kita juga perlu mengikis sikap-sikap yang negatif dalam sanubari agar kita tidak terjerumus dalam kejadian samseng jalanan kelak.

              Tuntasnya,semua pihak memainkan peranan dalam memastikan kejadian samseng jalanan ini dapat dibendung dengan mengambil langkah-langakah yang drastik.Komitmen daripada semua pihak amat diperlukan kerana muafakat membawa berkat.Oleh itu,marilah kita bersama-sama membendung kejadian samseng jalanan demi kesejahteraan keamanan dan keharmonian negara.






Friday, 29 April 2011

KEPENTINGAN HUTAN

      Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hutan merupakan khazanah alam yang amat tinggi nilainya.Hutan mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan negara.Tanpa hutan kita tidak akan dapat menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati pada waktu ini.Macapada,hutan semakin terancam sebagai akibat ketamakan dan kerakusan masyarakat pada zaman ini.Mereka hanya melakukan sesuatu tindakan berlandaskan hawa nafsu bukannya berlandaskan fikiran sedangkan mereka mengetahui kesan tindakan mereka terhadap generasi pada masa hadapan.Oleh sebab itu,semua pihak haruslah berganding bahu bagi memastikan hutan terpelihara kerana hutan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.


       Antara kepentingan hutan kepada masyarakat ialah merupakan kawasan tadahan.Hutan merupakan sumber air dominan yang kita gunakan dalam rutin harian.Sekiranya hutan semakin pupus,cuba kita bayangkan bagaimana kehidupan kita tanpa air.Sememangnya kita sedar bahawa kita tidak boleh hidup tanpa air walaupun sehari kerana kegiatan rutin harian kita sentiasa menggunakan air seperti membasuh kereta,mencuci pinggan ,mandi dan juga menampung keperluan asas bagi manusia.Kegiatan pembalakan haram semakin berleluasa pada hari ini dan menyebabkan hutan di negara semakin terancam.Hal ini akan menyebabkan kita kehilangan kawasan tadahan hujan sekali gus kita akan kehilangan sumber air yang berkualiti.Oleh itu,sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah mengambil berat terhadap kegiatan pembalakan haram yang mengancam kepentingan hutan.


          Selain itu,hutan juga dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi.Hali ini kerana hanya hutan sahaja yang boleh menjalankan proses fotosintesis.Proses fotosintesis amat penting dalam kehidupan masyarakat dalam memastikan purata suhu di negara kita tidak meningkat kerana kesan rumah hijau boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat.Sekiranya hutan ditebang,bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan dan menyebabkan peratus karbon dioksida bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Natijahnya,kita akan mengalami El-Nini sedangkan kedudukan negara kita terletak di garisan khatulistiwa.Secara faktanya,negara kita mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun tetapi kenapa kita ingin negara kita mengalami kemarau yang berpanjangan.Oleh yang demikian masyarakat yang bersikap materialistik hendaklah mengikis sikap tamak dalam sanubari mereka itu kerana anjakan paradigma.


             Seterusnya,hutan juga merupakan habitat bgi flora dan fauna yang juga merupakan sumber makanan kita.Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi flora dan fauna.Sekiranya hutan pupus di manakanh binatang-binatang liar tersebut dapat tinggal selain hutan?Di samping itu,hutan merupakan sumber makanan bagi binatang liar tersebut yang tergolong daripada kategori 'herbivore'.Sekiranya mereka kehilangan sumber makanan kita juga akan kehilangan sumber makanan kerana sumber protein kita ialah daging binatang-binatang yang terdapat di dalam hutan.


              Di samping itu juga hutan merupakan penampan hakisan semasa hujan menyirami bumi.Jika hutan ditebang,tanih akan menjadi gondol dan matahari yang panas terik akan menyebabkan tanih menjadi kering-kontang.Hali ini akan menyebabkan hakisan tanih mudah berlaku.Oleh itu,hutan boleh mengelakkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku kerana akar-akar tumbuhan dapat mengikat tanih daripada mudah longgar yang akan menyebabkan tanah runtuh sekali gus banjir lumpur.


              Akhir sekali,sektor pelancongan yang dapat menjan ekonomi negara juga merupakan peranan hutan.Hal ini kerana pihak kerajaan telah menubuhkan kawasan eko-pelancongan yang dapat memlihar kepupusan flora dan fauna seperti Taman Negara Bako di Sarawak dan Taman Negara Kinabalu.Kawasan-kawasan hutan ini merupakan kawasan yang diharamkan kegiatan pembalakan dijalankan.Sememangnya tindakan pihak kerajaan yang drastik ini telah menyelamatkan hutan di negara daripada pupus.Di samping itu juga hutan dapat menjana ekonomi negara melalui kegiatan eksport kayu-kayu belian yang berharga yang mendapat pasaran yang tinggi di persada antarabangsa.Sehubungan itu,hutan telah membantu negara meningkatkan pembangunan negara ke arah kemajuan supaya negara dapat berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara lain.


          Konklusinya,semua pihak hendaklah menggembleng tenaga dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.Hargailah hutan kerana hutan merupakn khazanah yang amat bernilai.Oleh sebab itu,kita mestilah bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang dikeliling dengan hutan-hutan yang malar hijau.Marilah kita bersama-sama memelihara dan memulihara hutan di negara ini sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya lagi.